Kelas Multimedia (Kad Digital) Aplikasi AliveInvite

15 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri seorang pelajar berumur 38 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 1400 petang dan tamat pada pukul 1700 petang bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak.

Kelas ini memberi pendedahan tentang cara membuat kad digital dengan menggunakan aplikasi AliveInvite. Aplikasi AliveInvite adalah satu kaedah menghantar kad dengan menggunakan link dan hantar melalui media sosial seperti SMS, Whatsapp atau Telegram. Kelas ini juga mengajar cara untuk memasukkan gambar dalam kad digital.

Kelebihan kelas ini dapat memudahkan pelajar untuk memahami cara menggunakan aplikasi ini untuk membuat kad digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali